ya Allah.. sesungguhnya hambaMu ini sangat-sangat keletihan..
aku sedang mengusahakan sesuatu
bagi yang dah tahu tu, tak ada apa pun aku nak kata..
cuma dalam usaha melaksanakannya aku hampir-hampir sahaja menyerah kalah..
namun seperti biasa, itu bukanlah sifatku..
darah pejuang negara ayahku yang mengalir didalam tubuhku membuatkan aku pantang menyerah sebelum berjuang
aku hampir accident malam minggu lepas akibat keletihan teramat sangat dan terlelap ketika memandu.
ceritanya begini.. malam jumaat seperti biasa NOS dan aku akan pulang agak lewat..
tu pun dah pukul 3 ketika jam terakhir aku lihat sebelum aku pengsan..
seawal jam 7pagi Sabtu isteriku mengejutku untuk bersiap ke Sime Darby Medical Center, menziarahi adik iparku yang dimasukkan kedalam wad..
tak cakap panjang, aku bersiap2 terus aku menuju ka SJMC aka SDMC tersebut..
jam 4 aku keluar dri SDMC terus ke Sate Urat Keting Section 7 B.B.Bangi untuk membeli satey bagi menyambut hari ulang tahun kelahiran ibuku..
balik rumah sempat rehat sejam sebelum keluar semula menuju ka RNR Awan Besar untuk membuka Car Boot Sale disana.. selesai jam 2 setelah aku menghantar rakanku aku memandu berseorangan.. dan setelah puas menahan mata yang agak mengantuk dan badan yang keletihan yang teramat sangat aku akhirnya tiba-tiba tersentap dan bila membuka mata, The Red 1 hanya sehampir tak sampai sejengkal dari divider berhadapan Tanarata International School.. Ya Allah.. mengucap panjang aku dan terus mata segar sampai kerumah..
aku akui aku keletihan yang teramat sangat.. namun demi perjuangan yang masih belum selesai ini aku tak akan mengalah..
cuma malam ini walaupun ada perjumpaan untuk bisness tersebut aku terpaksa berehat dirumah malam ini agar aku dapat meneruskan perjuangan dihari esok dengan lebih kuat dan semangat ..
entahlah.. kadang-kadang aku terasa seolah aku keseorangan namun sokongan dan testimoni pengguna yang sungguh positif sedikit sebanyak mengubat hatiku..
mungkin beginilah agaknya rasa atau perasaan orang yang ikhlas berusaha untuk memperbaiki kehidupan serta membantu insan lain..
jadi lilin membakar diri namun menerangi kehidupan insan lain..
ketika entri ni ditype aku masih dioffice kerana nak menyiapkan beberapa kerja tertunggak yang perlu tindakan segera.. nak balik jap lagi dan terus merehatkan diri..
InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment