Dalam tak diam dah hampir 7 bulan juga rupanya aku berkhidmat didalam department baru ditempat kerja aku. Procurement pada aku selama ini merupakan satu department yang sangat asing bagiku samada dari segi sebutan, pengetahuan dan bidang tugas yang dijalankan didalam department tersebut. Namun setelah mendapat tunjuk ajar yang tak seberapa dan dengan kepercayaan yang diberikan oleh pihak pengurusan, aku berjaya mengharungi selok belok serta bidang tugas yang bagiku sangat mencabar minda, kesabaran dan juga kejujuran yang ada didalam diriku. Latihan yang ada sangat terbatas sebelum aku benar-benar berjaya menjalankan tugas dengan pengawasan yang sangat minima. “Handing over note”, nota-nota rujukan yang kebanyakkannya tidak lengkap, tunjuk ajar secara lisan, buku Prosedur Perolehan ataupun Buku Biru menjadi rakan karibku sepanjang tempoh pembelajaran kendiri tersebut.
Bertugas dengan orang atasan ataupun bossku yang sungguh “sporting” dan juga “supportive” amat-amat membuatku merasa amat bersyukur dengan perpindahan yang telah aku lalui. Bagiku seorang orang atasan yang mengarahkan sesuatu kerja dan dalam masa yang sama turut membantu serta memberi “guidance” dan tidak terlalu bossy amatlah aku senangi untuk bekerja bersamanya. Seorang orang atasan yang hanya tahu mengarahkan sesuatu kerja dan hanya mahukan kerja tersebut siap tanpa memberi tunjuk ajar serta membantu didalam proses menyiapkan sesuatu kerja lebih merupakan seorang boss yang pentingkan diri sendiri. Kerjasama berpasukan memerlukan setiap anggota kerja didalam pasukan tersebut menyumbang tenaga dan buah fikiran didalam menjalankan setiap tugasan yang diberikan tak kiralah samada anggota pasukan tersebut kesemuanya berpengalaman mahupun tidak. Jika terdapat salah seorang daripada anggota kerja didalam satu pasukan tersebut orang baru, dia hendaklah dibantu dengan apa cara sekalipun samada dengan tunjuk ajar, khidmat nasihat mahupun “moral support”.
Pengalaman lalu berkhidmat dengan boss yang berperangai bossy membuatkan aku cukup teliti serta berhati-hati terutama jika anggota pasukanku terdapat orang baru. Cukuplah apa yang buruk yang telah aku lalui aku simpan sahaja didalam lubuk serta benak fikiranku asalkan aku tidak sekali-kali melakukan perkara yang sama sepertinya. Paling penting juga aku rasakan suara mereka perlu didengar serta difahami kerana apalah maknanya kerja berpasukan sekiranya asyik nak dengar cakap boss sahaja. “There’s No i in Teamwork”. Fahamkan ayat yang amat mudah tersebut?? Maknanya didalam kerja berpasukan kita perlu bekerjasama sesama anggota kerja didalam pasukan tersebut. Ketepikan soal pangkat serta kedudukan didalam satu pasukan kerana seorang boss ataupun ketua bukanlah untuk ditakuti. Seorang boss ataupun ketua pasukan perlu dihormati dan untuk mendapatkan penghormatan tersebut dia perlulah mendapatkannya dengan cara yang terhormat, bukanlah dengan cara yang membuatkan orang takut kepadanya. “You don’t get the respect, you owned it”.
Satu lagi criteria yang penting untuk berkhidmat didalam department procurement ini ialah sifat jujur serta kredibiliti diri. Bermain dengan jumlah wang, tuntutan bayaran, tender, sebutharga dan sebagainya perlulah amanah dan jujur pada diri sendiri. Setiap maklumat adalah rahsia kerana kepercayaan yang telah diberikan dengan penugasan didepartment procurement juga telah membuktikan majikan percaya pada diri kita dan jangan sekali-kali mengkhianati kepercayaan yang telah diberikan, kelak buruk kesannya terhadap diri dan masa depan.
Apa yang sebenarnya ingin aku ceritakan oleh tajuk entri aku kali ini ialah mengenai sikap dan kelakuan kita didalam suasana alam pekerjaan. Bagiku perkara kecil tak perlulah kita perbesar-besarkan sehingga menjadi barah didalam alam pekerjaan. Bersikap jujur, mengakui kesilapan dan tidak menyalahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri merupakan intipati didalam kebahagiaan semasa bekerja. Macam manalah kita nak mendapat rezeki yang berkat jika kita tak pernah nak mengakui kesilapan diri dan cuma tahu menyalahkan orang lain. Aku akui aku ada lakukan kesilapan semasa mengeluarkan document untuk diapungkan tetapi bagaimana pula jika kerja aku yang selama ini aku cukup berhati-hati semasa menjalankannya dituduh sebagai punca kesilapan yang telah berlaku. Akibat masalah dirinya sendiri yang tidak memerhatikan tarikh “date line” pengapungan serta kesibukkan menghadiri kursus, outstation serta beberapa masalah lain membuatkan tempoh yang asalnya lama serta panjang menjadi pendek dan suntuk dan masalahnya tersebut juga telah mengheret serta membabitkan tugas-tugas seharian aku.
Pening ya aku cerita?? Hehe.. Beginilah… Jika kita diberi tugas untuk menjalankan sejumlah kerja, yang manakah kita selesa dan boleh menyelesaikan dan menjalankan kerja tersebut tanpa sebarang masalah, adakah dalam masa yang singkat ataupun masa yang panjang?? Sudah tentulah masa yang panjang sangat-sangat membantu kerja kita dan ianya akan menyumbang kearah kerja-kerja yang lebih berkualiti dan tanpa masalah kan? Faham dah?? Haaaa… Itulah yang terjadi padaku, pemula tender sebutharga yang punya masalah menyebabkan masa kerja aku yang sebelum ini panjang menjadi suntuk dan pendek. Macamana la aku nak berikan hasil yang berkualiti sekiranya dibebankan dengan tugas yang banyak dalam masa yang suntuk? Aku akui sekali lagi, salah aku kerana kurang teliti semasa mengapungkan dokumen tender sebutharga tersebut namun adakah aku penyebab hasil kerjaku menjadi kurang kualiti?
So itulah ceritanya 8 menjadi 1 punya cerita. Kuantiti daripada sepatutnya 8 telah menjadi 1 akibat kesalahan aku yang kurang teliti sebab masa kerjaku yang sebelum ini panjang menjadi suntuk akibat masalah pemula yang pelbagai dan kesudahannya aku pula dituduh kurang teliti semasa menjalankan tugas aku. Cukuplah sekali ini aku dikenakan dengan sebegini rupa dan janjiku ialah aku akan lebih teliti dan apa yang aku janjikan ialah prosedur kerja akan menjadi lebih ketat dan proses akan aku rumitkan sebagai langkah menyelamatkan departmentku dari menjadi mangsa mereka-mereka yang tidak mahu mengakui kesalahan diri sendiri ini. Bukanlah berdendam tetapi bagiku aku sudah muak dengan sikap dan perangai berpura-pura ini dan aku akan buktikan department yang selama ini dikatakan bermasalah akan bertukar menjadi satu department yang cemerlang dan tegas. Itu janjiku..
No comments:
Post a Comment