Monday, 29 August 2011

Salam Kemaafan Menjelang Aidilfitri 1432H..


Photobucket





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pembaca..

1 Syawal 1432H bakal menjelma dalam beberapa jam sahaja lagi..

pejam celik sudah sebulan kita menunaikan Rukun Islam yang ke tiga..

namun diketika kita bergembira menyambut kedatangan syawal ini,

janganlah kita sesekali lupa bahawa dalam masa yang sama ada insan yang berduka,

ada insan yang kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan..

Dikesempatan ini saya ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua..

segala kesalahan yang telah saya lakukan samada secara sedar mahupun tidak..

secara dzahir mahupun batin..

Segala yang baik adalah daripada Allah dan segala yang buruk adalah daripada diri saya yang lemah ini..

Saya dengan ini juga memaafkan apa sahaja kesalahan tuan puan kepada saya ..

semoga Aidilfitri ini akan lebih bermakna.. InsyaAllah...

Salam Aidilfitri 1432H..

Maaf Dzahir & Batin..

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin