Wednesday, 24 March 2010

Semangat Yang Hilang (kini pulih kembali...)


kat mana nak aku mula ni ek??
aku baru dapat semangat baru sebenarnya ni..

nak tahu apa dia kena la baca sampai habis k..

disebabkan aku dah lama tak up date entri kat blog ni maka aku cerita apa aktiviti aku dah lalui for the past 1 week.. errrr.. maybe 2 week kot.. hehe..

Oklah.. memula tengok gamba kat atas tu.. perasan tak apa masalahnya??
aku bagi klu sikit ok..

lampu check engine menyala, RPM 2000, speedometer kosong dan maklumat lain ialah aku tengah memandu dan bukannya berhenti.. Get it??

Tak faham?? alah.. speedometer aku rosak dan check engine menyalalah..

Inile rupanya kesayanganku yg merajuk baru2 ini..

so apalagi, pi bengkel la aku jam tu jugak..
dan lepas check up, analog to digital transmitter for speedometer keta aku rosak..

lepas ganti barang tu, kemain senyum kereta aku tu.. hehehe..

ok, tengok pulah gamba kat atas ni..
siapa ada langgan Ch734 astro confirm tahu keta apa ni kan..
FYI, ni la dia Corvette dan yang ada kat depan mata aku dan sempat aku rakam ni ialah model convertible.. Of courselah Left Hand Drive..

Sempoi je.. Tapi sekali owner dia tekan paddle minyak, terdengar aku deruman V8 daripada 6000cc++ enjin kereta tuh.. fuuuhhhhh...


ok, tengok pulak gambar Nissan Fairlady 350Z Flat Black Wide Body VeilSide nih..
Hmm.. gempak giler kan.. Ni aku on the way ke Pameran Belon Udara Panas Putrajaya 2010 ni..

Sekali sikit punya malang, aku wrong timing daa...


Namun untuk tidak menghampakan pembaca semua, ni aku masukkan gambar yang diambil oleh adik aku.. Dia punya kekasih gelap ni sebenarnya.. Kalu sampai 3 kali pergi tengok korang percaya tak sekarang si Darth Vader ni kekasih gelap adik aku tu?? Kan hitam tu.. kira kekasih gelap la tu.. hahaha...



ok.. sekarang tengok gambar kereta MyVi kat atas ni..

apa?? Biasa je.. memang pun... tak ada yang special pun kereta ni..
ok.. tengok yang kat bawah ni pulak...

Still tak nampak beza?? hehe.. Sorry lah..
Camera PDA aku tak secanggih Camera kat I Phone atau Black Berry korang..

Sebenarnya kat atas Yusmanida Auto tu ada tulisan kecik.. punyalah aku nak baca sampai nyaris tercium kereta ni..

apa tulisan kecik tu??

CAR SOULED BY

hehehehehe.. masih tak faham??

oklah.. sepatutnya "CAR SOULED BY" ke "CAR SOLD BY"??
Lu pikir la sendiri...


Ehem.... errrrr.... no comments....


Now tengok pulak gambar kat bawah ni..


Uik.. Present?? Siapa punya Birthday pulak la ni kan.. Ehhh... Tapi kenapa koyakkan wrapping Present tu??

Ni hadiah aku la.....

Tu la dia.. nak cerita apa yang aku dah lalui 2 hari lepas..
Aku menghadiri Bengkel Intensif Penulisan Tenagawan TNB di Condo Peranginan TNB sejak semalam.. Bengkel tu diajar oleh seorang Tenaga Pengajar berbangsa India.. Dr. G Manimaran.. Dia sekarang kerja dengan Malaysian Insider.. Past experience dia berbelas tahun dengan akhbar berbahasa melayu sebelum dia sambung belajar dan dapat Doktor..

Banyak yang aku belajar dalam kelas dia ni..
daripada belajar menulis gaya penberita sampaikan interview live di Pantai Telok Kemang hinggalah nahu serta tertib penulisan masa kini..

at the end of yesterday session, lepas live interview tu dia suruh kami menulis berita mengenai apa yang telah kami jalankan interview tu.. katanya dia akan hakimi hasil penulisan kami..
aku tak expect apa2 pun.. tadi masa acara penutup bengkel yang juga dihadiri oleh Pengurus Besar Bahagian Sumber Manusia Kumpulan Tuan Haji Zulkefli Jaafar Sidek, pengumuman pemenang ke 2 buat aku terkejut.. dey.. nama aku la.. hehehe..

Memang kalau dilihat hadiahnya tak seberapa dan hanyalah berupa sebuah buku tulisan Mohd Sidin Ahmad Ishak namun bagi aku "Nilai kandungan Buku" tu yang lebih penting..

hmm.. tu la yang membuat aku bersemangat balik ni..

secara resminya bermulalah kerja tambahan aku sebagai pemberita kepada Majalah Tenagawan terbitan Tenaga Nasional setiap bulan kepada kakitangannya..

hmmm.. tak mengapalah.. aku suka dan aku akan berusaha untuk menjadi penyampai maklumat kepada seluruh kakitangan TNB mengenai apa sahaja aktiviti tempat kerja aku di dalam Tenagawan kelak.. InsyaAllah...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin