Saturday, 6 March 2010

my dinner tonight


dikala entri ni ditaip, aku dah ada kat rumah dah..
gambar kat atas tu adalah dinner aku untuk malam ni..
aku baru je balik dari urusan di subang jaya..
balik je dari subang jaya aku tanya wife aku kot-kot dia masak malam ni..
namun atas faktor kesihatannya yang kurang mengizinkan maka aku just stop by Hassan Cafe je lah jawabnya..

arini plan aku dan wife aku sebenarnya nak ke "kebun"
tapi bangun-bangun je pagi tadi aku tengok wife aku still nyenyak tidur lagi..
nak dijadikan cerita dan aku pun malas nak mengganggu tidurnya aku biarkan je lah dia tidur..
aku turun kebawah dan start layan tenet serta astro tengok aku layan tenet..
alih-alih dah dekat 11 lebih dia baru bangun..
rupanya dia kurang sihat..
so automatik plan melawat serta mengerjakan kebun kami batalkan..
tak apalah, lagipun aku tengok hujan 2 3 hari ni walaupun tidak lebat..
harap-harapnya mencukupilah untuk tanaman serai, pokok mangga, rambutan, nangka dan ubikayu yang baru aku tanam tersebut.

agak lama aku tak up date blog aku ini kerana mood untuk menaip serta memerah otak agak terbatas, senang citer aku tak ada mood..

tengok apa makanan malam ku kat atas tu??
cukup ke??
jawapan aku, bukan cukup yang aku fikir..
sesuai tak??

akhir-akhir ini aku mula mengira-ngira umurku serta pencapaian aku didalam kehidupan..
tak banyak yang aku dah capai sebenarnya dengan umur aku yang sebegini..
namun aku tak menyalahkan takdir atas apa yang aku alami selama ini..
mungkin ini rezekiku selama ini dan aku tetap bersyukur..
diusia yang sebegini aku akui aku memang dan amat-amat sensitif dengan beberapa perkara..
itu tak perlulah aku huraikan dengan lebih lanjut disini..
malah dengan wifeku sendiri pun aku akui aku kadang-kadang merajuk dengannya..
namun aku cover serta tak tunjuk langsung pun dihadapannya..
ada masa yang sesuai aku bincang balik dengannya serta menegurnya..
itu cerita antara aku dengan isteriku..
bab sensitif yang lain tu kadang-kadang aku lebih banyak mendiamkan diri serta bersendiri..
itu je cara terbaik untuk aku pujuk hatiku sendiri..

diam tak diam aku akan mengakhiri study ku di MMU tak lama lagi..
hanya tinggal 3 subjek serta MUET sahaja yang aku perlu harungi untuk ke nokhtah tersebut..
akhirnya selesai juga ujian dunia bagiku yang sekian lama aku tunggu-tunggu..
bangga??
entahlah..
nak cerita, aku belum abis lagi pun..
nantilah bulan 6 nanti bila semua dah selesai aku akan ceritakan semula perasaan aku ini..

hmm.. ada lagi satu rahsia nak aku ceritakan disini..
jenteraku telah bertukar nadi pada bulan 10 yang lalu..
syukur alhamdulillah semuanya telah selamat dan telahpun didaftarkan semula.
bukan niat untuk berlumba namun ianya berbaloi serta menjimatkan..
cukuplah ek.. tak perlulah untuk aku cerita..
memang aku suka berahsia sekarang ni..

walaupun agak berat namun aku rasa aku perlu berhenti buat masa ini kerana..

fikiranku mula melayang ;

mood mula hilang...

mata mula terasa berat..

hatiku mula bercampur baur..

antara sedih, bercelaru dan berilusi..

masing-masing mula menerpa diruang mindaku..

hmmm........


No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin