Saturday, 16 January 2010

Ya Allah.. Selamatkanlah Ibu Rakanku... (Pls Read)


Aku merasa terpanggil untuk menulis entri kali ini kerana nak meminta jasa baik rakan2 serta pembaca yang budiman sekelian untuk mendoakan Kesejahteraan serta Kesihatan seseorang..

Orang yang aku maksudkan itu ialah ibu kepada rakan lamaku (Nazali Noor) semasa bersekolah di Sekolah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban iaitu Hajjah Rosnah Bt Sudin.

Untuk mengetahui kisahnya bolehlah klik ke Blog Abah Najwa ini.

Aku pinta jasa baik kalian sekelian sebab memikirkan beratnya bebanan yang beliau sebagai seorang anak, bapa, suami serta pelajar terpaksa hadapi sedangkan beliau berada jauh diperantauan..

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.. Nak balik dah la jauh, isterinya pula baru lepas bersalin, anaknya pula baru memulakan persekolahan diperantauan dan seribu macam lagi persoalan yang harus difikirkan... Ibu kita hanyalah satu dan tiada siapa dapat menyangkal kenyataan tersebut.. Bukanlah hendak bertindak derhaka untuk tidak pulang ke tanah air di saat2 kesihatan seorang ibu amat getir sekali, namun aku berterus terang sekiranya aku sendiri berada ditempat rakanku itu aku sendiri akan merasa buntu untuk berfikir...

Memang mudah untuk bercakap tapi pernahkah kita terfikir serta menempatkan diri kita ditempat rakanku itu?? Apa yang akan anda lakukan??

Membaca entrinya sahaja sudah membuatkan aku menitiskan air mata apatah lagi jika aku sendiri yang mengalaminya...

Ya Allah.. Tuhan Yang Maha Kuasa... Aku pohon padamu agar kau selamatkanlah serta pulihkanlah kembali kesihatan Hajjah Rosnah Bt Sudin seperti sediakala...

p/s: nazali.. aku sendiri x mampu nak menulis entri yang lebih panjang kerana terlalu sebak.. Maafkan aku nazali.. ini sahaja yg terbaik dapat aku lakukan..


2 comments:

Nazali Noor said...

Salam dari perantauan Made..Terima kasih yang tak terhingga di atas N3 ini. Aku benar2 terharu. Hanya Allah yang lebih mengetahui segalanya..

Setiap dugaan yang cabaran yang mendatang menjadikan kita lebih matang dalam menjalani liku2 kehidupan..

Amin..:-)

Asmade Salam said...

Salam dari tanahair bro..

hanya itu yang termampu aku bantu.. apapun tabahkan hati, kuatkan semangat dan bersedia menghadapi segala kemungkinan.. Allah yg Maha kuasa...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin