Monday, 16 November 2009

kemana saja kao ni labu?? saya disini pak enchik...

hmm.. aku kemana eh last week?? actually aku ke tempat kat bawah ni la last week.. daily drive ke sini setiap pagi dan balik semula ke bangi sebelah petang membuat aku sedikit keletihan almaklumlah driving sorang2.. bukan x nak duk sana dan bila dah abis baru balik bangi tetapi tuntutan tanggungjawab membuatkan aku memilih untuk daily drive je ke P.D. kat mana ek tempat ni?? ok, korang pernah dengar nama Guoman Resort atau sekarang dikenali dengan nama Thistle Port Dickson Resort?? kalau korang pernah sampai, korang sure tahu sebab tempat yg aku pergi ni just sepelaung je dari Thistle tu..

huh.. ada Sewiming Phool tuh... ni aku tahu.. adik aku kalu sampai sini sure happy giler.. tul x dik?? huhu... bawak sekali si kecik tu.. confirm x nak naik..

pemandangan yang damai dan mengasyikkan sementara hari x hujan laa... kebetulan tempat kami lunch dekat je dgn laut ni.. angin sepoi2 bahasa la.. memang nyaman tul..

view from beach.. blok apartment aka condo..

ni gambar semasa aku drive masa last day aritu.. korang tengok sure korang boleh tahu kan.. keadaan jalan basah.. memang lepas hujan dan di 2 3 tempat memang masih hujan.. lokasi - menghampiri simpang 4 kg si rusa, linggi, port dickson dan seremban.

Ni view selepas simpang 4 tersebut.. Selamat Jalan punya pintu gerbang..

h'way sir rem bun pee dee.. still hujan.. cuba korang tengok keta persona tu.. agak2 korang berapa laju kereta tu??

dah aku agak dah.. ni senario biasa ketika memandu semasa hari hujan dan jalan basah serta licin... 1st accident sebelum hentian rehat & rawat seremban arah utara.. sebijik kereta mazda / ford.. dari keadaan bertutup mcm tu aku rasa mangsa musti parah atau kedalam@ kebawah tu..

amik kau.. accident dengan murano daa...

Ni accident kedua selepas hentian rehat dan rawat seremban arah utara tersebut.. for sure keta yang accident sebijik je.. tu vios dugong kaler silver tu.. tah macam mana tah mengadap keselatan balik lepas accident..

hmm... nak aku komen ke?? sepanjang perjalanan hari terakhir aku tu aku tengok orang malaysia ni suka bawak laju.. ya betul tu sebab aku pun suka.. cuma masalahnya orang malaysia ni bawak laju x kira tempat dan keadaan.. hujan ke, jalan licin ke, baru lepas tengok atau lalu tempat accident ke.. memang x pernah amik iktibar atau terasa insaf lah.. sepanjang perjalanan hari terakhir tersebut kelajuan aku hanyalah mencecah 100kmj (paling laju) sebab aku betul2 nak rasa enjoy the driving dgn layan senario serta scenary serta gelagat pemandu kat malaysia ni.. Gosh... memang orang malaysia ni handal2 belaka.. baik lelaki mahupun perempuan mahupun pakcik ataupun makcik.. kalau dah belakang stereng tu bawak kereta dah serupa syaitan... berkupiah mahupun bertudung... (maaf cakap ya kalau terasa..) aku nampak sebab aku bawak kereta kecik aku tu dan nasib kereta kecik ialah pemandu2 kereta besar ni suka himpit atau cakap (Get Out of My Lane!! lebih2 lagi kalau kereta kecik aku tu duk kat lane paling kanan sebab nak memotong.. lori atau bas) apa.. x de rasa sabar sedikit ke kat hati pemandu kereta2 besar nih?? korang je bayar roadtax??

kenyataan tetap kenyataan.. kalau x percaya cubalah korang drive kereta kecik macam kereta aku dan bawak kat h'way.. x sampai seminit dua sure korang akan percaya apa yang aku cakap ni.. kita sebagai manusia ni timbang rasa lah sedikit.. mentang2 kereta kami kecik, mentang2 orang tu naik motor, so korang boleh buat kami macam 2nd class punya rakyat je kat jalan raya?? ingat beb.. satu hari nnt korang akan rasa.. apapun aku sekarang ni x risau sangat kalau kereta besar dengan pemandu yang otak kecik tu duk belakang kereta aku tu.. sebabnya?? aku dah ada cara macam mana nak ajar ego diaorang tu... x dapat banyak, sikit pun jadilah.. hehehe.. memang aku puas hatilah...

oh ya.. tercepat la pulak hari tu sbb komuter kesayangan aku tu agak lambat so aku decide utk pekena teh tarik dulu kat R&R nilai nih.. berbeza sungguh R&R sekarang nih.. semalam ada masuk kat berita TV3 yang R&R pagoh antara yang tercantik daaaannnnn siap ada escalator tu.. ajaib kan???

p/s: next week aku akan ke P.D lagi.. kali ni 2 hari je.. baik la x lama.. letih dowh driving jejauh nih..

2 comments:

Nuroll said...

bung...tgu la si kecik dah jadik si besar skit....nk boli baji mandi ajo...

Neija said...

huhu..swimming phooooooool! debush! debush! xreti brenang tp nyelam pandai wakkaa

Blog Widget by LinkWithin