
Assalamualaikum wbt…
Salam sejahtera selembut sutera seikhlas hati setulus budi buatmu yang bernama Ramadhan.sekian lamanya kumenanti kehadiranmu untuk kubelai dan merasai ketenangan duduk dipangkuanmu. kau hadir dengan sebuah senyuman yang cukup menggelisahkan hatiku kerana aku bimbang senyumanmu itu akan pudar ketika meninggalkanku, aku takut aku tak dapat melayanmu dengan sebaiknya.
Teringat aku pada waktu dulu,aku sering melupai akan dirimu,kehadiranmu tidak kuhiraukan kau dan hari-hari lain sama sahaja bagiku,tapi kau dengan sabar mengunjungiku setiap tahun demi untuk memberiku setitis tinta kebenaran. seringkali aku membiarkanmu sendirian dari awal kedatanganmu sehingga kau pergi meninggalkanku.
Alangkah ruginya aku kerana membiarkanmu sendirian,sedangkan kau adalah tetamu yang paling istimewa buat diriku. kini aku sedar kewujudanmu terlalu amat penting buat diriku sebagai manusia dan hamba kepada yang Esa. lalu setiap kali kau akan datang aku akan menunggu dengan penuh debaran,penuh pengharapan, ye harapan untuk melalui hari-hari bersamamu dengan penuh pengisian. kehadiranmu kali ini tidak kupersiakan, setiap malam aku bersamamu untuk berterawih dan bertadarrus, bertahajjud, berzikir,bermunajat dan beristighfar.
Setiap hari kuperbanyakkan amalan sunat supaya aku dapat mencari keredhaanNya. ternyata kehadiranmu memberi erti yang amat bermakna buat diriku.
Kau telah mentarbiah, mendidik, membimbing, memimpin aku untuk menjadi insan yang solehah. terima kasih kuucapkan kerana membawa aku dekat pada Allah swt. insyaallah aku akan tetap bersamamu untuk mengadap yang Kuasa,menyatakan kesyukuran diatas nikmat pemberian.
Kuharap kau tidak lagi bersedih dengan sikapku,maafkan aku diatas kesilapan yang lalu, doamu telah termakbul untuk melihatku kembali sebagai seorang hamba yang taat pada Allah.
sebelum berpisah kuharap kita akan terus dipertemukan oleh yang maha Esa untuk kita bersama berjuang menuju keredhaan dan mencari cinta kasih dari Allah swt dan untuk mencari ketenangan dan kebahgiaan didunia dan akhirat.
Ramadhan itu datang lagi,
Bersedia menyambut ku yg keseorangan di sini,
Ku yg tercari-cari pengertian diri,
Ku yg kehilangan kekuatan diri.
Hadirnya seribu pengertian,
Hadirnya seribu kerahmatan,
Hanya bg mereka yg manfaatkan,
seribu satu peluang yg wujud dalam keberkatan.
Ya Allah padaMu ku panjatkan syukurku,
Ya Allah padaMu ku letakkan kehambaanku,
PadaMu juga ku panjatkan doaku,
Memohon agar diri ini tergolong di dalam redhoMu
Memohon agar diri ini sentiasa dinaungi rahmatMu
Memohon agar diri ini senantiasa beramal di sepertiga mlmMu,
Agar hati ini pula mendapat ketenangan pabila mulut ini melafazkan kata2Mu..
Ya Allah,...
Namun ku takut,
teramat takut......
Ujian sentiasa ada untuk hambaMu yg beriman,
Menguji seteguh mana iman,
Menguji kesetiaan seorg musafir jalanan,
Juga sebagai tanda kasihMu tuhan....... ..
Ya Allah,
Hanya satu yg ku minta,
Jadikanlah aku hambaMu yg beriman,
Kentalkn lah hatiku agar tenang diulik kalimahMu Al Quran.......
Amin Ya Rabbala'lamin. .......... .........
No comments:
Post a Comment