
Rahmat Allah Dalam Solat Tarawih
Ketika ditanya oleh Saidina Ali k.w.apakah pahala atau kelebihan mendirikan solat tarawih selama tiga puluh malam Ramadan, Rasulullah s.a.w. menerangkan kelebihan2 yang Allah sediakan pada setiap malam adalah seperti berikut:-
Malam 1: Dosanya dihapuskan seperti dia baru dilahirkan oleh ibunya
Malam 2: Diampunkan dosanya & dosa2 kedua-dua ibu bapanya
Malam 3: Diampunkan oleh Malaikat dari bawah Arasy dengan seruan "Beramallah kerana Allah telah menghapuskan dosamu yang telah lalu."
Malam 4: Diberi pahala yang sama dengan orang yang membaca kitab Taurat,Injil, Zabur dan Al-Quran
Malam 5: Diberikan pahala umpama orang yang bersembahyang di Masjidil Haram di Makkah,Masjid Nabawi di Amdinah dan Masjidil Aqsa di Palestin.
Malam 6: Dieri pahala umpama orang yang bertawaf di Baitullah. Batu2 dan pasir2 turut sama mendoakan ampun untuknya
Malam 7: Seperti orang yang hidup sezaman dengan Nabi Allah Musa yang membantu mengalahkan Fir'aundan Hamman
Malam 8: Diberi Allah segala apa yang dikurniakan nya kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam 9: Pahala menyembah Allah baginya seperti Rasulullah s.a.w. dan Nabi-nabi menyembah Allah
Malam 10: Dikurniakan Allah kebaikan di dunia dan di akhirat
Malam 11: Keluar dari dunia seperti mana ia dilahirkan ; bersih dari segala dosa
Malam 12: Di hari kiamat, wajahnya bercahaya dan bersinar umpama bulan purnama
Malam 13: Di hari kiamat, keadaan nya aman dari segala kejahatan dan keburukan
Malam 14: Malaikat akan menjadi saksi(atas solat tarawih nya itu) Di hari kiamat ia akan dibebaskan dari segala kemudaratan
Malam 15: Semua Malaikat yang memikul Arasy dan Kursi berselawat dan meminta ampun untuk nya
Malam 16: Dituliskan baginya lepas dari Neraka dan di masukkan ke dalam Syurga
Malam17: Diberikan pahala sebanyak pahala para Nabi
Malam 18: Malaikat berseru, "Wahai hamba Allah, bahawasanya telah redha Allah kepadamu dan kedua-dua ibu bapa mu."
Malam 19: Diangkat darjat nya ke dalam Syurga Firdaus
Malam 20: Diberikan pahala para syuhada dan solihin

Malam 21: Dibina untuk nya istana dari Nur di dalam Syurga
Malam 22: Di hari kiamat, ia akan diamankan dari segal dukacita dan kerisauan
Malam 23: Dibangunkan untuk nya sebuah Bandar di dalam Syurga
Malam24: Dibuka peluang baginya berdoa sebanyak 24 kali yang akan di makbulkan oleh Allah
Malam 25: Diselamatkan dari seksa kubur
Malam 26: Dianugerahi pahala ibadah baginya selama 40 tahun
Malam 27: Dapat melintasi titian sirat di akhirat kelak dengan kelajuan seperti kilat
Malam 28: Dianugerahi 1000 darjat di akhirat
Malam 29: Dikurniakan pahala 1000 ibadah haji yang mabrur

Malam 30: Diseru oleh Allah s.w.t. dengan seruan, " Wahai hambaku! Makanlah buah-buahan Syurga dan mandilah dengan air salsabil(sebatang sungai yang mengalir di dalam syurga) serta minumlah air dari Telaga Kauthar. Akulah Tuhanmu dan engakau adalah hambaku."
Dengan itu, marilah kita mengambil kesempatan dalam bulan yang mulia ini untuk mendirikan solat tarawih setiap malam dan insyallah Allah akan menjanjikan nikmat2 untuk kita di akhirat kelak.


No comments:
Post a Comment