kan aku dah cakap, hidup ni singkat.. sedar x sedar aku dah 37 tahun.. ada banyak benda aku nak cerita tapi feel x de lately.. pergi balik kerja sampai umah intenet pastu tido bangun pagi balik pi kerja dan seterusnya.. it's my routine.. rabu lepas sidia tersayang kurang sehat so lagipun dah lama x pi klinik.. mungkin nak bermanja2 dgn barang2 baru agaknya.. hmm aku ikutkan je la.. sbb hari selasa lagi dia dah merajuk dah.. aku kalau yang tersayang merengek2 pastu nangis2 aku jadi lemah sikit.. kalu korang boleh ke tengok yang tersayang korang tu menderita, nangis2 atau sedih?? so sama la mcm aku.. hajat hati nak 1/2 day je dan dah siap sms kat boss aku.. namun apakan daya.. inilah situasi biasa kalu korang berada di bengkel melayu.. aku x malu sbb aku mengaku aku org melayu berdarah jawa..yg buat aku sedih ialah bangsa cha ya nun aliff ni suka memain harga barang2 spare part.. dah la yang tersayang aku tu x pernah buat hal atau sakit2.. namun bila time dia sakit mcm ni ubat dia payah nak dapat.. nampak sangat depa nak main harga.. korang bayang, rega brek pad blkg bendix RM98?? padahal rega 6 atau 7 bulan lepas baru RM58 je.. tu kalu aku pergi sendiri entah la brapa aku kena semelih.. fyi aku memang x pandai menawar.. x pe la.. demi nak tolong bangsa aku sendiri aku tetap pi kat bengkel melayu.. biarlah rega agak mahal tapi bangsa melayu aku sendiri yang dapat duit titik penat lelah aku tu.. aku puas.. rupanya agak parah juga kecederaan tersayang aku.. Sorry.. terus terang ckp no picture available.. gamba aku amik thru pda murah aku tu kurang menarik, kalu aku post kat sini pon sure korang x paham dan pening nengoknya.. x mengapalah.. siap je pasang brek pad dan siap adjust serta servis caliper brek blkg aku pi mkn dan trus balik umah.. nak 1/2 day apanya... time aku keluar workshop jam kat tangan kira aku dah tunjuk kat no 6 utk jarum panjang dan no 2 utk jarum pendek.. huh.. lepak umah layan intenet dgn main dgn kucing lg best... huhu..
tu citer kesayangan aku la tu.. ye.. kereta aku la.. x kan la isteri aku aku nak antar kat bengkel dan pakaikan dgn brek pad pulak... ilang akal ke hapa.. hehehehe... kesayangan aku the red 1 tu la.. abang dia red 2 sihat.. bertenaga dan bersemangat.. kecut perut aku sesekali bawak merembat dgn the red 2 tu.. syukurlah.. itulah rezeki aku tersayang yg aku ada.. sometimes org tanya perlu ke sampai ada 2 kereta?? ahhh.. aku pedulik apa.. harta aku duit aku dan aku x menyusahkan org lain sudah.. lagipun itulah satu2nya hobi yg aku ada dan suka... benda beroda 4.. dulu aku pernah minat benda beroda 2 tapi disebabkan faktor2 tertentu aku mengundur diri dan buat pilihan lain.. gadget terbaru yg aku baru masukkan ialah ICOM IC2200 Rig alat komunikasi berkuasa 65Watt.. huh.. beli sekend hand je.. rega kawan2.. senang aku nak monitor serta memancar lebih jauh.. gambar?? hmm.. nnt2 la.. korang ni banyak sangat tengok gambar la.. sesekali kita buat blog x yah ada gambar la.. amacam?? ada brave?? hehe..
WHEN THE GOING GET TOUGH,
ONLY THE TOUGH GET GOING!!
ONLY THE TOUGH GET GOING!!
ayat ni aku terbaca kat t shirt mamat yg makan depan aku kat restoren nasi beriyani anje seksyen 15 bandar baru bangi lepas jumaat tadi.. hmm.. ayat tu buat aku makin banyak berfikir.. kadang2 ianya buat menaikkan semangat aku.. banyak benda aku dah lalui kebelakangan ini, banyak benda juga aku dah mengalami serta lalui 5 tahun kebelakangan ini.. daripada kegagalan aku di UiTM.. kemalangan kali kedua aku dgn the red 1, masalah serta hal keluarga dalaman dan luaran serta beberapa isu ditempat kerja.. namun aku harus tabah demi menjadi seorang insan.. aku tahu hidup aku bukanlah suatu yang kekal dah lama.. so sebelum aku menutup mata biarlah aku capai kepuasan diri serta hajat hati bila abis study ni aku nak terus buat haji (insyaallah.. jika panjang umur dan diizinkan Allah..)kadang2 aku rasa aku dah penat dan terlalu penat.. namun seperti kata2 kat atas tu semakin banyak cabaran dan dugaan didalam hidup begitu jugalah aku harus kuatkan dan tingkatkan semangat aku.. itulah kdg2 lately ni aku selalu award something kat diri aku sendiri.. yes.. to realy understand others, you have to understand and appreciate yourself first.. then you'll know.. alamaks.. makin syok menaip dan masa makin berjalan.. dah nak kul jarum panjang tunjuk kat no 12 dan jarum pendek kat no 6.. dah dekat sejam org opis aku balik ni.. ok lah.. nnt2 la aku sambung lagi ya.. sebelum tu aku rasa aku nak jugak tunjuk kat korang beberapa gambar.. what say u??


keta2 ni semua boleh tengok kat mudah.my... hmm.. dah beberapa hari susah tidur malam ni.... budget under RM130k.. gambar yg terakhir tu sesuai kot dgn org tua mcm aku.. GTA je kan.. hmm.. apapun tgk la.. feel free to give comments k...

2 comments:
bro, red 1 aku dah tgk, tapi red 2 jer masih belum lagi. share laaa. XD.
btw, bak mai email address utk blog ko ni bro, aku nak add ko. buat pengetahuan, aku dah 'PRIVATE'kan blog aku atas sebab-sebab tertentu.
hmm.. red 2 tu la Toy 1:1 aku.. actually aku x nk share benda ni sbb aku buat keta tu atas dasar minat aku yg mendalam kd jentera beroda 4 ni.. x pe la.. nnt aku akan buat satu entri khas utk The Red 2 aku tu..
mafia_bongek@yahoo.com ;-)
Post a Comment