Friday, 5 June 2009

I am what i am...

Aku lahir tahun 1972..

Masa aku membesar era tahun 80'an dimana masa inilah aku berjumpa dan hidup dgn lagu2 dari penyanyi seperti Jamal Abdillah, Siti Fairus, Nassier Wahab, Ben Nathan, Kembara, Raisuddin Hamzah (Bapa penyanyi Siti Sarah), Amalina (Dangdut), Aris Ariwatan, Hattan, Arni Nazira (Mantan Isteri Awie), Francesca Peters, Haleeda (Mantan Isteri Azman Adnan), Hasnol, Julia Banos (Bersuamikan Owner Mutiara Motors JB, Hantaran 7 juta beb...), Jay Jay, Kenney Remy Martin, Mimi Asmidar (huh.. Ada gak nama ni??), Razis Ismail, Sohaimi Mior Hassan, Ramlah Ram, Zaiton Sameon (Kak Eton..), Ziana Zain (Penyanyi Terangkat Kening), Zur Eda, AtoZ, 2 by 2 (Penyanyi Utama dia Zul yg bini dia baru masuk AF7 baru2 ni..). 4U2C (Kumpulan yang paling aku Anti..), Casey, REM dan beberapa penyanyi lain..

Yang Kumpulan Rock pulak seperti Search, Wings, Lefthanded, XPDC, Visa (Penyanyi utama dia Syam selalu aku lepak bsama kat Bangi), Terra Rossa (Penyanyi utama dia, Ali pernah join XPDC dan pernah tinggal kat depan umah mak aku kat Balakong), Spring, Sting, Sofea, Slam (Zamani tu Senior aku wei masa kat STTJ Seremban.. Mata dia kero skit..), Arab & Aidit, Rahim Maarof & White Steel, Ella & The Boys, Shima, Olan (Lagu Bandar Tasik Selatan..), Melissa, Axl's, Mega, Medicine (Top gila masa aku kat STTJ.. Sanggup lari panjat pagar asrama nak pi tgk konsert kat Seremban..), May (Budak Manjoi), Laksamana, Headwind, Gersang, Fotograf (Drummer dia Ringgo kena tahan kat Venezuela ke hapa tah pasal Drug Trafficking), Exist, Damasutra, BumiPutra Rockers / BPR, Bloodshed, Blackrose (Kumpulan yg x leh nyanyi dan perform kat Konsert..haha..), Jelmol (Kumpulan Rock Orang Asli), Laksamana dan beberapa kumpulan lagi la..

Hmmm.. Apa yang aku nak cakap arini ialah pasal satu kumpulan ni yang lagu dia semakin meletup kat Carta Sinar.fm.. Kumpulan Axl's.. Masa dulu kumpulan ni memang top pun tapi biasalah, tengelam timbul lepas satu dua album pastu senyap terus.. Lagu dia "Akulah Kekasihmu" ni x de la pulak apa2 yang berkait dengan aku, cuma lirik yg agak touchy dan selamber membuatkan aku suka dengar lagu ni... Ni lirik dia..


AXL's - Akulah Kekasihmu

Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Sejak ia mengetahui
Kekasihmu itu selalu membuat kau bersedih

Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lama
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi
Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Akukan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimukan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kernaku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat

yang aku nak cerita hanya satu je.. I really2 missed those days.. Masa aku Rocker Smart dulu2 dan agak Jiwang.. hahaha.. Tapi x de la sampai jiwang karat...


Enjoy the Clip okay...


Andai Dapat Ku Undur Masa - Axl's

Dalam usik ku merajuk seketika
Laluku pergi meninggalkan dirimu
Tanpa ku duga
Lilin menjadi bara
Gurauanku jadi dilema prasangka
Kau menyangka aku pergi kerna dia
Yang tak pernah wujud dalam alam cinta
Belum sempat ku jernihkan suasana
Engkau pula yang hilang
Entah ke mana
Puas sudah ku mencari
Ku tinggalkan pesan
Ku kirimkan berita
Agar dapatku temui dirimu
Umpama sebutir permata yang sirna
Andai dapat
Ku undurkan putaran dunia
Inginku ubah semula kata
Dan tingkahlaku yang salah
Agar kita dapat seiring
Di mercu asmara
Tak ingin lagi
Dan tak mahu lagi berpisah
Bukan dengan kerelaan hati
Penyesalan yang tiada kesudahan
Ku tersepit dalam jerat sendiri



Bila Bulan Berwarna Biru - Arab Dan Aidit

Malam bulan berendang
Berwarna biru di cermin kali
Mata air memancar
Mengilap mata yang lama kabur

Derita perlakukan
Gerlapan malam
Di kaki gunung bertudung kabus
Syahdu lagu berdendang
Melamar kasih sayup membisik
Membelai sukmaku
Berkurun rindu agak pendita

Berkilau sinar
Maya yang menderu
Membakar bahu musafir
Di lembah duka nestapa

Kini kasih kembali
Sekilas mentari
Sepi di ranting yang amat tinggi
Sekadar menemani
Jiwa tersadai
Di belantara sepi

Merayu pada yang maha esa
Agar dikurnia cahaya
Cinta kekal selama

3 comments:

Neija13 said...

mak aih..
lagu2 axl tu ni reti lak nyanyi.. eke..
mmg ade sentimental value bang
eeke..
ape salahnye jiwang karat ;-)
no hal maaa...
sukati la nak jiwang ker idak, ye tak? huhu

Rockaholic said...

serious bro, lagu2 rock kapak ni mmg bermakna skali waktu tgh kesepian/syahdu.. mmg tangkap lentok laa. seriously, masa 2-3 bulan awal kat sini jejak kat sini, aku byk torrent lagu2 rock kapak.. memang layanzzz.. argghhh, bestnyer masa zaman ni kan?? sambil layan lagu sambil terkenang kembali peristiwa silam.. hahaha..

Asmade Salam said...

huhu... setahu aku aku tott, mezzy zul je sama zaman.. ko pun sama ke epul?? huhu...

yup.. u're right nija.. rock sentimental nih kdg2 buat kita terkenang zaman dulu2.. huhu..

terasa dah tua dah aku... memang pun...

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin