
Dah hampir 16 tahun aku merayakan hari yang diraikan buat orang-orang yang bergelar pekerja macam aku ni.. Hmmm.. Pejam celik pejam celik dah 16 tahun dah kan sejak aku 1st day keja dulu pada Jun 1993. Tempat kerja pertama aku dulu ialah di Motorola PJ yang sekarang ni diambilalih oleh Freescale (Ala.. Yang tepi Lebuhraya Persekutuan tu la..) Macam-macam pengalaman aku dapat masa aku kerja kilang ni. Sebagai Technician, kitalah leader kat line tu dan kitalah tempat mengadu operator-operator aku dulu. Aku ditempatkan di BackEnd Trim n Firm dan dibawah aku ada hampir 20 orang pekerja wanita. Perggghhh... Gabra gak aku masa tu.. Line aku masa tu ada 2 org je anak dara, yang lain semua pangkat kakak dan makcik dah.. Kadang-kadang aku kesiankan kakak2 yang terpaksa bekerja sbb nak bantu tambah pendapatan suami tu.. Paling aku kesian ialah masa diaorg ni masuk kerja balik lepas bersalin, yang mengantuk masa kerja malam tu x yah cakap la.. Aku kalau mengantuk ubat aku senang je.. Dalam 20 meter dari pintu line aku ada pintu keluar, so kat situlah aku mengotor paru-paru aku serta mencemar udara dimukabumi ini.. masa kerja kilang dulu mana ada masa nak rehat lama-lama atau tidur time kerja ni bang.. Kesalahan yang teramat Berat masa tu.. hari demi hari aku bekerja kat situ aku mulai boring tatkala masa ekonomi negara agak merudum, demand production semakin kurang so operator-operator aku hampir 50% ditransfer ke jabatan yang lain dimana production mereka masih x terjejas.. Aku mula terfikir.. kalau operator aku boleh kena tendang sana sini yang aku ni apa la lagi.. Aku bukan ada ijazah pun, so aku mula berkira-kira mencari pekerjaan ditempat lain. masa tu banyak lagi kerja kosong yang agak mudah untuk dicari dimana-mana. Kebetulan aku berjumpa rakan motor aku yang se Politeknik dengan aku, dia ni kerja kat TNB maka aku mula la gatal mulut bertanya.. Dia cakap try la apply dgn buat surat, kebetulan masa tu ramai orang-orang lama nak pencen. Tak tunggu lama esoknya gak aku antar surat dan resume. Masa tu aku jujur, mana ada pakai cable2 untuk mintak kerja macam orang sekarang ni.. Kolau korang nak tahu sekarang ni budak-budak nak praktikal pun pakai Cable tau.. Aku yang jaga bahagian praktikal so aku tahu la.. huhu... Aku pantang betul orang pakai Cable.. baru nak praktikal je.. huh....

So dipendekkan cerita, lepas sebulan aku dipanggil interview kat HQ, Jalan Bangsar tu. Menggelabah gak sebab aku ni memang x suka interview-interview ni... Sebelum interview ada IQ test dan Personality Test.. Alhamdulillah aku dpt jawab semua dengan baik, masa interview final petang tu hanya berbual-bual kosong je.. huh?? pelik gak aku... Abis interview aku pun balik la ke Sg. Besi, malang agaknya nasib aku.. Tayar motor aku pancit masa amik selekoh dari Federal Highway nak turun ke KL Seremban Highway tu.. baik aku sempat counter, x de la aku jatuh motor. Dengan Long Sleeve dan jacket serta helmet tu aku tolakla motor aku tu kira2 3 4 kilometer sebelum jumpa kdai motor kat Rumah Panjang Jalan Kelang Lama tu. Dah la panas berpeluh-peluh dengan Long Sleeve lepas interview tu.... Redha je la.. Tak berapa lama dalam Dua bulan gak la aku dapat Offer Letter utk berkhidmat dengan Tenaga Nasional Berhad. Tepmat pertama aku ialah di Stesen Janaelektrik Serdang (Sekarang dikenali sebagai Stesen Janaelektrik Putrajaya) Tarikh aku lapor diri ialah 21hb Mar 1994. So disitulah bermulanya liku-liku hidup aku sebagai salah seorang pekerja Tenaga Nasional Berhad sehinggalah kehari ini.

Hehe.. Aku lupa nak bgtahu, kat Motorola lah aku mula kenal isteri aku.. Dalam sebulan kerja aku pernah masuk Persembahan Kumpulan untuk Dinner Department kat Motorola tu.. Masa tu la kenal ramai gila aweks cun2 kat situ, antara yang aku pernah rapat ada yang dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan, dari Kelantan, dari Perak dan isteriku dari Pahang... Jangan pikir yg bukan-bukan ye.. Aku bukan Playboy.. Setakat kawan-kawan biasa je.. Keluar makan-makan gitu je... Biasa la masa tu masih muda, berkawan je dengan sesiapa je ye tak?? Cukup bulan keenam aku kenal isteri aku, dia dapat offer kerja dengan EPF... X kan aku x bagi dia pergi pulak ye x?? So bermula la kebosanan melampau bila aku datang kerja, aku kat Motorola, dia kat EPF.. jumpa pun seminggu 3 kali atau 2 kali je.. Tu yang aku menggatal cari kerja lain tu.. Syukurlah.. Hingga kini aku masih kekal berkhidmat dengan TNB dan berkahwin dengan isteriku 13 tahun yang lalu dengan wang gaji serta bonus TNB.. Aku kerja TNB ni aku akui aku bukanlah kaya, tapi cukuplah sekadar untuk aku dan isteriku meneruskan kehidupan serta berkerja sehingga sampai ke tarikh bersara wajib kelak.. InsyaAllah jika diizinkan Allah...Dengan TNB aku mulai kenal Malaysia dimana hampir setiap negeri dalam Malaysia aku telah jelajahi atas nama tugas, dan aku mengenal dunia luar dengan Lawatan Teknikal ke Bangkok, Singapore, Turki, South Africa (Johannesburg dan Cape Town) Dengan duit hasil titik peluhku juga aku mampu membeli sebuah rumah yang kecil, kenderaan, Pergi Umrah dengan isteriku, meneruskan pengajian aku secara Part Time di MMU, hidup sederhana dan bebas dari beban hutang yang melampau.. Apa aku nak cakap ialah aku bersyukur kerana aku menjadi seorang pekerja dan aku bangga aku salah seorang dari kakitangan TNB yang berkhidmat untuk Negara, Bangsa dan Ugamaku... Selamat Hari Pekerja kepada semua...

4 comments:
:-) satu coretan yg amat jujur ;-)
thanks nija.. ;-)
may the force be with us to work hard bung!!!
Thanks dik... InsyaAllah...
Post a Comment