Apabila bersahabat, diri sendiri & sahabat harus mempunyai tanggungjawab &
punya harapannya sendiri. Antaranya ialah :-
1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita &
sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum
ianya berlaku.
2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya
bagus dan betul.
3. Jgn terlalu mengambil tahu hal peribadi org terdekat dgn sahabat spt
tunang, isteri/suaminya atau kaum keluarganya.
4. Perkara sensitif spt gaji, kenaikan pangkat & hutangnya usah ditanya.
5. Pandai menyimpan rahsia terutama hal peribadi spt rumahtangga atau
hubungan suami isteri sahabat.
6. Terima kekurangan & keburukan sahabat seadanya.Cuba lihat nilai
positifnya dan lihat diri sendiri, diri kita tidak tentunya baik.
7. Jangan membuat muka belagak dan sombong, atau menghentak hentakkan kaki
dan barang bila kita membuat kesalahan supaya kesalahan itu dapat menutup
kesalahan kita.
8. Bijak menyesuaikan tutur kata dgn emosi sahabat. Jangan cakap mengikut
sedap mulut tanpa memikir kesannya kepada sahabat.
9. Berita baik atau berita sedih sahabat, biarlah dia sendiri memberitahu
rakan lain walaupun kita sudah mengetahui. Ini tanda kita menghormatinya.
Jangan terlalu busy body dengan cerita kehidupan sahabat kita tanpa
memikir kesannya kepada sahabat kita.
10. Menghormati hak & kehidupan peribadi sahabat. beri peluang sahabat
bersendiri. Jikalau terlalu berdampingan, mungkin menjemukan & kita hanya
menyekat perhubungan dgn insan lain.
11. Jika salah seorg marah, beri peluang dia melepaskan amarah di hati.Jgn
dibalas, berdiam & tunggu hingga dia reda & sejuk. Pasti hubungan akan
kembali spt biasa. Manusia harus menerima hakikat setiap org ada lautan
hati yg pasang surut.
12. Sewaktu sahabat sedang marah, elok mendiamkan diri. Jikalau dia
mengomel, dengar & angguk. Itu lebih baik dpd membuat komen. Ia boleh
memburukkan keadaan.
13. Jangan memburukkan sahabat di hadapan orang lain dan membanggakan diri
dengan mengadakan cerita i.e. kekayaan, kecantikkan dan sebagainya. Bangga
diri tidak membawa kita ke mana-mana sebaliknya bersyukur dgn apa yang
dikurnia oleh Allah s.w.t
14. Jagalah hati sahabat sebagaimana kita mahu, sahabat kita menjaga hati
kita. Kalau kita pandai menjaga hati org lain, begitulah sebaliknya org
lain akan lakukan kepada kita dan begitulah sebalik nya.
Cuba periksa diri kita, adakah hari ini kita merupakan sahabat yang baik
untuk sahabat kita. Atau hari ini kita dapati sahabat kita makin
menjauhkan diri dari kita? Tepuk dada tanya selera........
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat
sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah
caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w.
bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."
2 comments:
Salam a.made,
ssungguhnya berpesan2 itu dituntut oleh agama..
Tq very much ;-)
Salam Neija..
Ya betul tu.. Kita ingat mengingati sesama insan.. Yang baik dpd Allah, yg buruk dpd diri abg sendiri..
u're welcome.. ;-)
Post a Comment