
Sekejap je dah jumaat balik.. bila jumaat maknanya hari utk NOS pun dtg gak la..
Hmm.. teringat aku kali pertama aku turun NOS dulu somewhere in 2006 padahal aku register Kenarianz tahun 2005. Aku datang sorang masa tu, menggagau gak nak cari TTDI. Aku main redah je sampai salah jalan.. Simpang ke One Utama tu aku masuk kanan.. mana nk jumpa.. Last2 aku call Zulhizain.. hahaha.. lawak pun ada.. akhirnya jumpa gak aku Petronas TTDi tpt NOS tu..

Memula aku rasa mcm x dipedulikan la jugak, ye la.. dah x kenal sorang pun.. Last2 ringan2kan mulut tegur2 la yg ada kat situ.. Aku dah lupa siapa yg aku jumpa memula kat NOS.. Yg aku ingat muka2 lama yg ada masatu OREN (Hi..Saya Oren)merupakan ayat pertama bila jumpa dia, Pika Merah, Tott, Haikal, Mezzy dan beberapa org lagi..

Hari demi hari, minggu bawak ke minggu aku boleh katakan jarang miss NOS ni.. Kecuali aku demam, sakit, dan masa mak dan abah aku balik dari Mekah..Tu je la.. Teringat gak isu sticker bulat yg mana amik masa dekat 4 bulan baru aku leh dpt sticker tu.. Time dah dapat punyalah rasa bangga...Lepas tu aku tetap mcm biasa, even masa x de sticker tu pun aku tetap dtg aktiviti Kenarianz spt NOS, SMD, Picnic, BBQ, kenduri kendara, Doa Selamat dan mcm2 lagi...
As time goes by, aku boleh dikatakan agak aktif dgn aktiviti Kenarianz maka satu masa Tott offer aku utk jadi Komiti.. Memula aku tolak sbb aku x mahu org mengata dan sbb jawatan, aku akan jd riak dan abaikan tugas2 aku yg lain... Lepas aku tolak 1st time tu aku tetap gak mcm biasa dan x lama lepas tu setelah berfikir2 dan aku tgk keperluan adanya aku utk memberikan sumbangan demi Kenarianz ni last2 aku terima jugak jawatan Komiti.. Bangga ke?? Berat beb t'jawab Komiti ni..Aku berpegang dgn prinsip.. Jawatan bukanlah sesuatu utk dibangga, T'Jawab tu yg paling utama...

Aktiviti Kenarianz ni terus berjalan mcm biasa sehinggalah kami bertindak utk mendaftar Kenarianz sebagai Kelab Resmi dengan R.O.S. Aktiviti paling besar dgn Jabatan Kerajaan adalah Gerak Gempur Remaja Sihat iaitu Kempen Kesedaran mengenai AIDS tahun 2006, Family Day 2007 ke Penang, Kempen Jom Tak Nak 2007, yg terbaru ni Kempen Riben Merah (Mengenai AIDS gak), Berbuka Puasa di Rumah Anak Yatim di Puchong dan byk lagi... Korang masuk la kat www.kenarianz.com.my dan tgk dlm tu aktiviti Kenarianz yg lepas2...
At last pada 08/08/2008 Kenarianz berjaya didaftarkan sebagai Kelab Berdaftar dgn no Pendaftaran Kelab 1392-88-WKL (Hampir dgn no keta aku tu..)Dan lepas dah daftar ni mcm2 la aktiviti kami nak buat, dan yg paling penting sekarang ialah untuk mengadakan AGM. AGM ni kami terpaksa jalankan kerana beberapa Komiti yang ada dah menghilang serta x aktif lagi.. Demi utk menjalankan Kelab kami terpaksa membuat rombakan besar2an pada AGM yg dirancang pada penghujung bulan Januari 2009 akan dtg ni.. As for me.. Aku x kisah kalu aku dilantik atau dipilih menjadi komiti lagi atau x.. Yg penting agenda aku terima jadi komiti dulupun adalah utk bersama2 dgn komiti lain Mendaftarkan Kenarianz sebagai Kelab Berdaftar dah tercapai...

Hmm.. pjg lebar dah ni aku bercerita.. lain kali sambung lah...
No comments:
Post a Comment