Wednesday, 31 December 2008

Keinsafan......

sedang orang lain menangis kegembiraan

aku menangis kerana dugaanMu

sedang orang lain makan sampai x tahu nk makan apa

ada yang x makan kerana x de apa untuk dimakan

sedang orang lain merungut kerana makanan x sedap

ada yang x tahu nak merungut apa kerana kelaparan

sedang orang lain boros berbelanja sakan

ada yang x berbelanja langsung kerana tiada wang

sedang orang lain bersuka ria sambil melupakan diriMu sebagai pencipta

ada yang menangis saban waktu kerana mengingatiMu

sedang orang lain berbahagia dengan apa yang mereka ada

ada yang terlupa itu semua nikmat sementara

sedang ada orang yang bermegah dengan harta milik mereka

ada yang lupa bahawa peristiwa bukit antarabangsa berlaku sekelip mata

sedang ada yang marahkan kejadian alam sekitar sebagai penyebabnya

mereka lupa bahawa itu semua adalah ujianMu sebagai pencipta


ingatlah saudara seugamaku kebesaranNya

ingatlah wahai manusia siapakah penciptamu

ingatlah semua bahawa nikmat dunia hanya sementara

ingatlah duhai sahabatku dengan Tuhan yang mencipta segalanya

ingatlah sahabatku dengan kekasihNya junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

ingatlah jua dengan malaikat yang tidak pernah bercuti atau berehat

ingatlah kitab Al Quran diturunkan bukan sebagai hiasan

ingatlah pula dengan hari pembalasan

ingatlah juga dengan kehendak dan ketentuanNya

ingatlah bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya

dan ingatlah kita semua akan menemuiNya


p/s:

Seorang Ustaz pernah berpesan kepadaku bahawa sekiranya kita mendengar orang menyebut Nabi Muhammad, hendaklah kita menyahutnya dengan menyebut Sallawallah Alai Wasallam (S.A.W) atau kita merupakan org yang paling sombong didunia...

3 comments:

Neija13 said...

Ya Allah ya Tuhanku, Engkau berkatilah kehidupan saudaraku Asmadi ini dan Engkau kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah & hiasilah hidup beliau sekeluarga dengan cahaya kebahagiaan.. amiin...

Neija13 said...

Ya Allah ya Tuhanku, Engkau berkatilah kehidupan saudaraku Asmadi ini dan Engkau kurniakanlah rezeki yang melimpah ruah & hiasilah hidup beliau sekeluarga dengan cahaya kebahagiaan.. amiin...

Asmade Salam said...

Salam... Thanks neija 4 your pray. Really2 appreciated it..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin