Huhu.. Dia yg ingat Anniversary Perkahwinan Aku dgn Isteri aku... Siap wish lg...
Apapun thanks la byk2.. Aku hampir2 terlupa.. Agaknya bila dah lama kawen ni kita cepat dan byk lupa kot??
Huhu.. Alasan je semua tu.. Apapun mlm ni insyaAllah pi mkn kat tpt yg special skit.. Mahal skit pun apa salahnya..
Actually tiap tahun kalu x mkn angin dlm malaysia kami mkn2 kat tpt2 yg agak ekslusif skit..

Siapa sangka ek.. Dah 12 tahun... Kalaulah aku ada anak.. Dah darjah 6 dah anak aku tu.. Hmmm.. Belum rezeki...
Hanya itulah yang termampu aku katakan setiap kali utk aku pujuk hati aku sendiri.. Aku kena tabah..
Kuat betul dugaan Allah padaku.. Tahun ke 6 kawen dulu Allah bg pinjam 3 bulan je... hmmm..
ok le.. stop talking 'bout this.. aku nak mengalir dah ni....
Aku kawen pada umur aku 24 tahun... Skrg dah 36.... Beza umur setahun membuatkan aku senang berbincang dgn wife aku.. Selisih faham?? Tipu la kalu aku kata x penah kan.. Bg suami isteri tu perkara biasa la...Hmm...
Ok la wei.. Nak buat keja lain.. Esok aku Up Date apa yg kitaorg mkn k.. Best wooo tpt tu.. Kelassss.......
1 comment:
"Jika Allah telah memakbulkan doamu, Dia telah menguatkan kepercayaanmu;
Jika Dia menangguhnya, Dia menguji kesabaranmu;
Jika Dia tidak memakbulkan doamu, jangan putus asa kerana...
Dia telah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu..."
Semoga abg made & isteri sentiasa dalam keberkatan Allah, amiin...
Post a Comment