Sunday, 18 January 2015

aktiviti hujung minggu ke 3 januari 2015

disc brek merupakan komponen yang penting untuk menghentikan sesebuah kenderaan yang bergerak..

tanpa disc brek yang bersesuaian, sesebuah kenderaan akan mengambil masa yang lebih panjang untuk berhenti.

sejak menyalin nadi pada 2009 yang lalu The Red 1 telah menggunakan beberapa jenis brek pad tanpa pernah digantikan disc atau calipernya...

sejak akhir2 yang lalu aku makin risau kerana bila melihatkan keadaan discku yang semakin tenggelam dan bercalar balar..


dari gambar diatas ni korang boleh tengok betapa semakin uzurnya disc aku.. calar balar yang dalam dan start dah naik groove kat tepi disc menunjukkan betapa semakin hausnya piring disc tersebut..

lantas pengganti disc cuba dicari...

oh ya.. gambar tersebut juga menunjukkan beza saiz disc yang lama dengan yang baru..

tak ada la baru, second hand yang diperolehi daripada halfcut honda prelude

gambar bawah ni full set siap braket untuk caliper kerana aku masih mengekalkan knuckle toyota duet sebabnya bearing masih agak baru ditukar penghujung tahun lepas..


2 port dan cross drilled... nasib tak de groove atau slotted.. sebab aku pun x berapa suka .. cepat makan disc wooo...

kat bawah ni gambar disc yang ada Cross drill dan slotted..


actually banyak aftermarket brand untuk performance disc macam ni..

cuma budgetnya la yang tak berapa nak banyak..

kat bawah ni hasilnya..


oh ya.. lupa lagi satu point penting kalau nak tukar disc dan caliper ni..

samada korang sanggup tukar saiz rim yang sedia ada atau tak..

set up aku sekarang untuk kereta secumel kenari ni aku mengekalkan saiz rim 14"..

banyak replacement untuk disc dan caliper ni sebenarnya cuma tak boleh masuk rim 14"..

rasa macam tak berbaloi la semata nak tukar disc siap tukar rim sekali..

tak berbaloi dari segi ongkosnya.. hehe...

performance wise.. hmmmm... sungguh mantoooppppppp!!!!!



Saturday, 20 December 2014

Hello Samsung GALAXY Note 4... My latest gadget..

kesabaran merupakan satu perkara yang sangat penting dalam hidup kita seharian..
mengapa kita perlu bersabar?
bersabar sebenarnya mengajar kita erti bersyukur..
bersabar mengajar kita mengawal nafsu..
bersabar juga mengajar kita untuk berfikir banyak kali dengan sesuatu perkara yang kita ingin buat..
ceritanya tentang bersabar yang nak aku kongsi kali ini ialah...
 bersabar dengan handphone yang kita miliki..
bukan satu bukan dua malah bukan tiga..
note 4 jugak barulah aku berjaya menahan sabar
 sebelum dapat dibelanjakan budget untuk menukar ke handphone baru.
handphone yang dibeli pada 1 Jun 2012 dulu (klik sini untuk baca cerita)
 mula menunjukkan penurunan prestasi serta mula bermasalah kira-kira setahun yang lepas.
disebabkan pada tahun lepas aku dah spend duit untuk belikan handphone
untuk isteri serta abah maka niat hati nak gantikan handphone sendiri aku pendamkan dahulu.
(Klik sini untuk baca cerita).
satu ketika dahulu note 1 memang canggih, paling canggih dizamannya..
kelajuan dan saiz serta kegunaannya yang pelbagai
memudahkan serta membuat kerja seharianku bertambah mudah.
masa berlalu musim beredar dan note 1 juga mula digantikan dengan note 2 dan seterusnya note 3.
semasa note 2 keluar aku masih tak hairan serta tiada masalah.. 
namun semasa lahirnya note 3,
note 1 aku mula menunjukkan tanda-tanda kemerosotan prestasi serta nampak tua ditelan zaman..
aku tak heran dengan model yang baru serta canggih
tapi bila prestasi sesuatu handphone tersebut mula menurun serta mula bagi aku masalah membuat aku serba sedikit hilang sabar..
masalah utama pada note 1 aku ialah RAM nya makan space dan tak boleh delete.
akhirnya bila RAM space dah nak penuh aku kena Factory Reset.. 
bila Factory Reset, semua application yang telah diinstall kena download balik..
tak ke menyusahkan kan..
dan untuk informasi korang dalam masa setahun kebelakangan tersebut,
Note 1 aku telah Factory Reset sebanyak 6 kali.. nak buat macam mana kan..
RAM penuh handphone tak boleh jalan langsung..
ingatkan nak sambar dah Note 3 aritu masa setengah tahun aritu..
tapi ada terdengar yang Note 4 ni nak keluar..
so aku pun bersabarlah seketika.. hehehe..



setakat sehari aku dah pakai ni worth it la aku menunggu..
cuba tengok spec dia..
okta core tuuuu...
lepas tu 4G LTE ready..
kelajuan Okta Core membuatkan aku benar-benar rasa kelajuan..
kapasiti 32GB Built In memory amat memudahkan..
manakala camera 16MP rear dan 3.7MP front juga cukup mengujakan..
kualiti gambar yang terhasil tak perlu disangkal lagi..
screen Super AMOLED memang cukup terang,
aku setakat ni pakai brightness hanya 2/10 pun sudah mencukupi..
satu lagi pembaharuan yang Samsung beri ialah fast Charger yang diberi bersama dengan phone ini.. 
sangat-sangat membantu..
apa lagi nak cakap.. cukup puashatilah...
dan.... aku beli Note 4 ni harga murah sedikit dari harga pasaran terkini iaitu RM 2459..
berapa murah??
tak perlulah aku nyatakan kat sini
kerana kemurahannya membuat aku hanya berfikir tak sampai 10 minit untuk buat keputusan membelinya..

apapun bersyukurlah... kesabaranku berbaloi..




Thursday, 9 October 2014

Gadget terbaru..

lama dah tak ada entri on gadget..

akibat keperluan yang semakin mendesak on data plan..

dan juga semakin kurang penggunaan broadband..

dan acap kali juga data plan aku habis sebelum waktunya,

so aku decided to wi fi kan broadband aku..

data plan aku 3 GB..

manakalabroadband aku 5GB..

brilliant tak idea aku??

total up aku ada 8GB on data plan plus Wi Fi..

ok, untuk yang masih tak faham..

yang kat bawah ni adalah portable broad band dongle aku..

ni portable broad band aku yang ke 2..

beli awal tahun aritu dalam RM100 kat kedai kat Bangi je..


kenapa aku cakap D-Link ni  Broad Band Dongle yang ke 2??

Ni entri aku 23 December 2008 Klik Sini


kira lama la pak itam ni berkhidmat untuk aku.. dekat 6 tahun lebih..

abis tu dah rosak pak itam ni terpaksalah sambar cik utih D-Link tu..

giler beza harga mereka berdua.. pak itam ni dulu RM380 aku beli..

6 tahun kemudian cik utih ni berharga tinggal RM100 je..

ok cerita asal belum abis...

macam yang aku cakap..

bila broad band dah kurang guna..

kena pulak sekarang ni Wi Fi Hotspot berlambak..

sebab beli Suprima S pun ada hot spot dalam kereta..

so aku pun sambarlah kat bawah ni..

naa dia portable HSPA + WiFi Hotspot..



bateri dia mcm bateri handphone..

SA yg jual benda ni kata kat aku bateri dia tahan dalam 5 jam..

dan heaven la sebab boleh WiFi kat mana2 dengan Sim Kad Broadband aku..

yeaaaahuuuuuu....




Friday, 12 September 2014

Confirmed... Tahniah untuk aku...

tak tahu dengan siapa lagi aku nak share berita gembira hari ini..

pagi tadi isteriku decide untuk bercuti.. 

aku pun dengan selambanya bersiap agak lambat hari ini..

at last memakan diri..

aku tiba lewat 4 minit kat opis..

ah sudah, nampak gaya balik lewat 4 minit la hari ini..

hari jumaat biasanya ada morning talk dan knowledge sharing..

tapi depends juga kalu GM ada dan dia tak sibuk..

hari inio lepas morning talk aku buat kerja seperti biasa..

kat HQ ni aku langsung tak ada masa nak bukak FB..

wasap pun yang perlu2 sahaja aku akan reply..

selesai solat jumaat sambung kerja..

dalam kul 3 lebih kurang tetiba kat luar bilik kedengaran bunyi loceng macam apek jual ais krim dulu2 tu..

aku yang tak tahu ujung pangkal terus buat kerja sehinggalah ada yang memanggil aku keluar dari bilik..

rupa-rupanya GM nak buat announcement..

apa eh yang penting sangat?

GM tiba tiba ucap tahniah dan terus menyebut nama aku??

aik??? heran gak aku..

sekali pengesahan kenaikan pangkat aritu la...

ya Allah.. dah 3 bulan jugak aku kat HQ Generation rupanya..

syukurlah.. aku confirm cukup 3 bulan tanpa extend2 pun..

itulah hasilnya agaknya bila kita jujur dan ikhlas buat kerja..

tak perlu tunggu lama untuk confirm..

InsyaAllah aku berazam untuk cepat naik pangkat lagi untuk gred seterusnya..

al maklumlah.. umur pun dah berapa..

semoga Allah perkenankan...

aminnnnn...







Wednesday, 10 September 2014

Hobi baru..

hobi baru..

sekarang ni aku kerap posting kat TNB Powerfaces..

TNB Powerfaces adalah FB untuk kakitangan TNB sahaja

bukan apa.. dengan jumlah kakitangan TNB seramai 35ribu orang berita2 perlu cepat disampaikan..

apa lagi media yang paling ramai orang bukak dan ada sekarang kalau bukan FB??

selain itu ini ialah inisiatif diri sendiri untuk promo Jabatan aku sekarang iaitu HRA Generation

dulu2 aku pemberita kat Tenagawan iaitu majalah Buletin bulanan TNB..

Ya Allah malasnya na buat write up untuk berita..

lagi satu sebab aku kena paksa so kerja jadi tak ikhlas.. lelama aku pun jadi malas..

ol, kat bawah ni antara posting aku kat TNB Powerfaces..


Ni posting pasal Team Bola TNB Generation aka Gen HQ Most Wanted semasa nak ke JB untuk VP Cup bulan 8 aritu.


kat bawah ni Mdm Sharzila Mohd Haris semasa jadi Chairlady sesi TNB Technical Colloquium yang dihost oleh Bahagian Penjanaan


Our 1st Speaker En. Mohd Nasrul


2nd Speaker En. Abuzar


antara audience


Ni masa Sesi Perkongsian Maklumat mengenai Kanser Payudara


dan yang bawah ni petang tadi punya cerita iaitu Sesi Teh Tarik bersama VP HR TNB..


at least aku sumbangkan sesuatu untuk jabatan aku secara sukarela..

itu yag termampu aku lakukan..

insyaAllah...


Monday, 8 September 2014

Nothing Else Matters - Metallica


                                                                                        "Nothing Else Matters"

So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters

Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
And nothing else matters

Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
And nothing else matters

Never cared for what they do
Never cared for what they know
But I know

So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
And nothing else matters

Never cared for what they do
Never cared for what they know
But I know

Never opened myself this way
Life is ours, we live it our way
All these words I don't just say
And nothing else matters

Trust I seek and I find in you
Every day for us something new
Open mind for a different view
And nothing else matters

Never cared for what they say
Never cared for games they play
Never cared for what they do
Never cared for what they know
And I know

So close no matter how far
Couldn't be much more from the heart
Forever trusting who we are
No nothing else matters


p/s: Love this Song & love the Lyrics so much..


Sunday, 31 August 2014

Selamat Hari Kemerdekaan yang ke 57..




Disini Lahirnya Sebuah Cinta..

itulah tema Hari Kebangsaan Malaysia kali ini..

hari ini agak istimewa kerana ianya merupakan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 57..

Malaysia memperolehi kemerdekaannya pada 1957 dan sejak itu ia tak menoleh kebelakang lagi..

tak perlu aku ulas lebih panjang lagi apa erti kemerdekaan buat kita semua..

segala nikmat dan kesenangan yang kita perolehi hari ini tak mungkin tercapai dengan adanya pengorbanan pejuang-pejuang keamanan tanahair..

pendekata.. hargailah apa yang kita kecapi hari ini..

hargailah pengorbanan mereka..

dan lahirkanlah kecintaan kepada tanah air kita yang tercinta..

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Google Doodle hari ini..




Wednesday, 20 August 2014

Bzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbzbz...




Ya Allah ampun... ke bz ian yang amat melampau.. 
aku ada banyak benda nak cerita namun masa x mengizinkan aku..
namun aku akan cuba balik aktif berblog..
aku punya bz sampai nak sentuh lappy ni pun seminggu hanya dapat 2x je..

macam pelik kan??
anyway itulah reality..





LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin